Ulasan:
Sesi Asia pagi ini menyaksikan kehadiran LTHL di carta 6E: EURUSD yang menunjukkan jumlah lot melebih 100 unit.
Di kawasan harga semasa, 1.1884, kemunculan STHL membolehkan traders memaksimumkan informasi kemanakah hala tuju seterusnya untuk EURUSD.
Tengkolok’s View:
Harga sentiasa mencari peserta yang mengiklankan kecairan tertinggi (hi liq.). LTHL bertindak sebagai magnet harga, justeru kami menjangkakan arah harga untuk seterusnya adalah menuju keatas.
Berhati-hati dengan pemanipulasi pasaran, seperti spoofing (lot limit olok-olok) dan market aggressors (lot instant skala besar).
Padankan dengan analisa teknikal masing-masing, dapatkan harga terbaik untuk mula membeli EURUSD.
Kemas kini terkini menunjukkan harga teruskan perjalanan ke harga 1.1930, sebelum melakukan penerjunan bebas.
Tahniah bagi yang mengikuti trading call kami.
“The hard work in trading comes in the preparation. The actual process of trading, however, should be effortless.”
Jack Schwager – Author of Market Wizards